Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Komited Pastikan Pengurusan Hasil Negeri Diperkasa
KUALA LUMPUR, 10 Mac – Kerajaan Negeri Pahang akan terus komited untuk memastikan pengurusan hasil negeri diperkasakan, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Menerusi satu kenyataan beliau memaklumkan bahawa prestasi kutipan hasil negeri berada pada landasan yang baik dan menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

“Kerajaan Negeri Pahang ingin memaklumkan bahawa prestasi kutipan hasil negeri sejak beberapa tahun kebelakangan ini berada pada landasan baik dan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
“Di kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak, khususnya kepada pembayar cukai yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
“Sumbangan ini secara langsung membantu meningkatkan kutipan hasil negeri sekaligus memperkukuhkan kedudukan kewangan kerajaan negeri,” katanya.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, Kerajaan Negeri Pahang berharap agar semua pihak berkepentingan sentiasa memastikan segala kewajipan berkaitan hasil negeri diselesaikan sewajarnya.
“Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri berharap agar semua pihak yang berkaitan dapat terus melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan menjelaskan cukai serta tunggakan hasil kepada Kerajaan Negeri.
“Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri berharap agar semua pihak berkaitan dapat terus melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan menjelaskan cukai dan tunggakan hasil kepada Kerajaan Negeri Pahang.
“Harapan ini turut ditujukan kepada semua pihak yang mempunyai kepentingan dan penglibatan dalam pengurusan serta penggunaan tanah di negeri ini agar sentiasa memastikan segala kewajipan yang berkaitan dengan hasil negeri diselesaikan dengan sewajarnya.
“Peningkatan kutipan hasil negeri ini amat penting kerana hasil yang diperoleh akan dikembalikan semula kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif pembangunan, program kebajikan serta penyediaan kemudahan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat Pahang.
“Kerajaan Negeri akan terus komited untuk memastikan pengurusan hasil negeri diperkasakan demi menjamin kemakmuran serta kesejahteraan rakyat Pahang secara berterusan,” katanya lagi. – UMNO Online
