Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Tahun 2026

KUALA LUMPUR 4 Feb–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Tahun 2026 di sini hari ini. Sebagai tanda penghargaan negara kepada para veteran yang telah berbakti mempertahankan kedaulatan tanah air. Bagi tahun 2026, semua pemegang PJM akan menerima Penghargaan Khas RM500 secara sekali beri, selain Bantuan Khas Kewangan RM250 secara sekali beri kepada semua veteran. Ia menjadikan jumlah keseluruhan RM750 bagi setiap pemegang PJM.

