Ramai Gusar Kabinet Baru… ?

RAMAI gusar bila Hannah Yeoh jadi Menteri Wilayah. Ada 2 sebab utama orang sebut:

1. Takut dia akan buat pilihanraya PBT
2. Dia akan jadi ahli Lembaga Pengampunan. Makin susahla pengampunan DS Najib.

Saya jawab yang kedua dulu. Dia tak kisah Melayu ka Cina. Dia atas kepala PMX. Kalau dia nak bagi, dia boleh saja nasihatkan. Dulu Zaliha tu kan Melayu, tak dapat juga. Ni Hannah Yeoh pun akan sama la. Jadi tak ada beza pun. Ceritanya memang dah takmau bagi, bukan soal siapa Menteri. Titah Adendum pun boleh sorok.

Pasal pilihanraya PBT pun sama. Kalau ada cadangan tu, dia akan dibawa ke kabinet. Kalau PMX nak buat, dia buat. Kalau dia takmau buat, letaklah kepala DAP sekalipun, tetap takkan jadi.

Tapi jangan risau. Ada 8 orang Menteri BN dalam Kabinet berbanding DAP 5. Hebat tak hebat BN menang 30 dapat 8 Menteri, DAP menang 40 dapat 5 saja Menteri.
Komitmennya kita takkan sokong pilihanraya PBT. Kalau nak cari gaduh, cubalah cadangkan.

Ini zaman BN ada dalam kerajaan, bukan macam zaman Bersatu bersama DAP dulu 2018. Kalau Hannah Yeoh Menteri Wilayah pertama bukan Melayu, jangan lupa 2018 Lim Guan Eng Menteri Kewangan bukan Melayu. Tommy Thomas Peguam Negara pertama dari bukan Melayu, Richard Malanjum Ketua Hakim Negara pertama dari bukan Melayu. Orang Bersatu ok je ‘tim’e tu.

Jadi kesimpulannya setakat ni tak perlu risau sangat. BN ni bukan macam hangpa dulu. DAP cadang Kampung Baru tapak UNESCO pun kita dah hantam cukup-cukup, UEC pun sampai tak cukup nafas depa, ni kalau berani cuba-cubalah cadangkan pilihanraya PBT.

Baru je dilantik Pemuda UMNO Wilayah dah bagi friendly reminder pada Puan Menteri.


Shafiq Fhadly

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO