Anak Muda Sukau Terus Sokong Jafry: “Pemimpin Rendah Diri, Tak Lupa Rakyat”

KINABATANGAN, 22 Nov — Gelombang sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) DUN Sukau, Datuk Jafry Ariffin, semakin ketara menjelang fasa kedua kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah apabila anak muda tempatan tampil menyatakan sokongan terbuka terhadap kepimpinan beliau yang berjiwa rakyat, rendah diri dan sentiasa dekat dengan masyarakat.

Anak muda dari Kampung Bilit, Maizurah Madzlee, berkata Datuk Jafry bukan sekadar dikenali sebagai pemimpin, tetapi juga sebagai pembela rakyat yang tidak pernah meminggirkan penduduk Sukau walau dalam apa jua keadaan.

“Sejak dulu lagi Datuk Jafry banyak membantu rakyat di sini. Walaupun tidak pegang jawatan, beliau tetap turun padang bantu rakyat. Datuk Jafry memang dekat dengan masyarakat,” katanya kepada UMNO-Online.

Menurut Maizurah, sikap rendah diri Datuk Jafry jelas terserlah apabila beliau tidak pernah membezakan diri dengan rakyat biasa, malah kerap hadir dalam aktiviti masyarakat tanpa protokol.

“Datuk Jafry ni pemimpin yang betul-betul mesra rakyat. Bila kami anak muda turun ke bawah, dia pun ada sama. Duduk, berbual, dengar masalah kami. Dia bukan pemimpin yang datang hanya masa nak undi,” ujarnya.

Tambah Maizurah, anak muda kini lebih matang dan menilai berdasarkan kerja serta keikhlasan pemimpin.

“Harapan saya, semoga Datuk Jafry menang. Kami anak muda memang sokong beliau sebab kami nampak sendiri keikhlasan dan kesungguhannya untuk bantu rakyat,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi anak muda yang mahu dikenali Fazle, berkata Datuk Jafry memiliki pengalaman dan rekod khidmat yang terbukti dalam membawa pembangunan  ke kawasan Sukau, khususnya dalam aspek kemudahan asas seperti air, jalan raya dan peluang ekonomi luar bandar.

“Datuk Jafry bukan baru turun padang, beliau sudah lama bersama rakyat. Sebab itu anak muda dan masyarakat Sukau yakin beliau mampu teruskan agenda pembangunan yang tergendala,” tegas Fazle.

Menurutnya lagi, anak muda Sukau kini bersatu di belakang Datuk Jafry, kerana percaya hanya BN mampu menjamin kestabilan dan kesinambungan pembangunan yang lebih menyeluruh.

“Kami sudah masak dengan janji kosong pihak lawan. Kali ini, kita mahu wakil rakyat yang bekerja, bukan yang sekadar berjanji. Datuk Jafry pilihan terbaik untuk masa depan Sukau,” katanya – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO