Calon BN Sulaman Dipuji Teruskan Tugas Perubatan Walaupun Lawan Politik
TUARAN, 15 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Dr Shahnon Rizal Thaijudin, mencuri perhatian pada hari penamaan calon semalam apabila beliau tetap memberikan rawatan perubatan kepada seorang individu daripada kumpulan parti lawan, meskipun sedang bertanding menentang mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 (PRU 17 Sabah).
Tindakan profesional dan beretika itu menjadi bualan ramai di media sosial serta di lapangan, malah dianggap sebagai gambaran jelas politik matang yang diperjuangkan BN Sabah.
Tindakan ini bukan sahaja menunjukkan adab kempen politik, tetapi juga menonjolkan nilai kemanusiaan yang menjadi kekuatan utama calon muda ini.

Shahnon ketika dihubungi berkata, kempen beliau di Sulaman akan bertumpu kepada beberapa perkara utama termasuk Kesihatan rakyat sebagai keutamaan.
Beliau mahu memperkukuhkan akses kepada perkhidmatan kesihatan.
Sehubungan dengan itu katanya, jika diberikan mandat dalam PRU 17 Sabah, perkata utama yang akan dilakukannya adalah fokus kepada kesihatan awam di Sabah kini berada pada tahap yang menuntut tindakan segera dan perubahan struktural.
“Realiti di hospital-hospital kerajaan kekurangan doktor dan jururawat, perkhidmatan yang terlalu terbeban, ketiadaan pakar mencukupi, jumlah wad yang terhad, serta fasiliti yang ketinggalan menunjukkan bahawa sistem kesihatan negeri memerlukan pendekatan baharu yang lebih berani, tersusun dan berorientasikan reformasi,” katanya.
Tindakan spontan Shahnon membantu penyokong parti lawan tidak hanya menjadi paparan kempen yang positif untuk BN, tetapi turut memperlihatkan kredibiliti peribadi beliau sebagai seorang doktor dan calon rakyat.
Dalam suasana politik yang sering panas, Shahnon membuktikan bahawa layanan dan tanggungjawab tidak seharusnya berpihak kesihatan dan kemanusiaan melangkaui politik.
PRU 17 Sabah di Sulaman kini menjadi lebih menarik, dan Shahnon dilihat semakin mendapat tempat di hati pengundi kerana sikapnya yang rendah diri, profesional dan penuh integriti. – utusanborneo
