Proses Pencalonan Lancar, Pegawai Pengurus PRN Sabah Sahkan Senarai Calon BN
KALABAKAN, 15 Nov – Pegawai pengurus bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Murad Abdul Rashid telah memaklumkan menerima kertas penerimaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Ujarnya calon-calon telah mengemukakan kertas-kertas penerimaan pada yang ditetapkan dan pusat-pusat mengundi telah dimaklumkan pada notis pilihan raya yang akan diwartakan dan dipamerkan di pusat mengundi yang telah ditetapkan.
Berikut adalah calon-calon BN yang bertanding di DUN masing-masing serta nombor calon mereka.
Bagi N70 Kukusan, Chaya Sulaiman, yang bernombor calon tiga (3) dari 10 yang bertanding. Sementara itu di N71 Tanjung Batu, Samasuddin Yusop, nombor calon tiga (3) dari lima calon yang bertanding dikawasannya.
Manakala bagi N73 Sebatik, Aslan Fadli Samsul Alang, nombor enam (6) dari 10 calon yang bertanding di Sebatik.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 29 November 2025 ini sebagai tarikh PRN17 bagi negeri Sabah dan 25 November adalah hari mengundi awal.
DUN Sabah mempunyai 79 kerusi dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik.
Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding sehingga jam 11.59 malam 28 November 2025 (Jumaat). – UMNO Online
