Putrajaya Festival of Ideas 2025 Dijangka Angkat Malaysia Sebagai Hab Intelektual Serantau

PUTRAJAYA, 23 Sept – Putrajaya Festival of Ideas (FOI) 2025 yang dijadual berlangsung pada 4 hingga 8 November depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dijangka menjadi platform penting mengangkat Malaysia sebagai hab wacana intelektual dan inovasi serantau.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Nasional FOI 2025 di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menyelaras perancangan menyeluruh melalui pendekatan Whole of Government.

Ujarnya, mesyuarat itu bertujuan memastikan penganjuran FOI kali ini lebih inklusif, berimpak tinggi serta berupaya menyemarakkan budaya berfikir baharu, daya cipta dan kreativiti rakyat Malaysia.

“Insya-Allah, dengan kerjasama erat kementerian, agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO, saya yakin Putrajaya FOI 2025 akan menjadi satu lagi acara nasional yang memberi manfaat besar kepada rakyat dan negara secara keseluruhannya,” katanya. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO