Raikan Hari ATM Ke-92, Hargai Pengorbanan Warga dan Veteran Tentera

PUTRAJAYA, 16 Sept – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga serta para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena sambutan Hari ATM ke-92.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menyifatkan keberanian, dedikasi dan pengorbanan yang dicurahkan oleh anggota tentera sebagai asas utama kepada keamanan dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini.

“Dari barisan hadapan pertahanan hingga misi kemanusiaan dan operasi bencana, ATM sentiasa menjadi benteng kukuh serta kebanggaan rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya.

Ahmad Zahid turut merakamkan penghormatan khusus kepada para veteran ATM yang disifatkannya sebagai tulang belakang kekuatan pertahanan negara.

“Jasa dan pengorbanan anda akan terus menjadi inspirasi kepada generasi baharu demi kelangsungan keamanan negara,” tambah beliau.

Beliau turut mendoakan agar ATM terus kekal perkasa serta melakar lebih banyak kejayaan cemerlang di peringkat antarabangsa dalam menjunjung kedaulatan tanah air. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO