Ahmad Zahid Terima Kunjungan Hormat Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia Ke Luar Negara
PUTRAJAYA, 11 Sept – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat tujuh Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara di pejabatnya di Putrajaya.
Menurut beliau, peranan yang digalas oleh wakil Malaysia di pentas antarabangsa merupakan satu amanah besar dalam usaha mengangkat martabat negara serta memperkukuhkan hubungan baik dengan negara-negara sahabat.

“Saya mendoakan agar setiap daripada mereka terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. Sama-sama kita doakan semoga usaha mereka sentiasa dipermudahkan dan diberkati Allah SWT,” katanya dalam kenyataan di laman sosial.
Beliau turut menyampaikan ucapan selamat menjalankan tugas kepada semua perwakilan diplomatik yang akan berkhidmat di luar negara. – UMNO Online
