Surat Terbuka Dari Gaza Buat Kementerian Luar Negeri Malaysia


UMUM mengetahui Peperangan antara Israel-Palestin masih tiada kesudahan sehingga ke hari ini. Berpuluh desakan telah dilakukan oleh pelbagai negara dan agensi namun, rakyat Gaza masih menderita.

Terbaru, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ada mengeluarkan kenyataan bahawa sebanyak 75% penduduk Gaza sedang mengalami kebuluran dan krisis kemanusian yang teruk melibatkan wanita dan kanak-kanak.

Dilaporkan, angka kematian telah meningkat sebanyak 60,00 orang termasuk 75% wanita dan kanak-kanak selepas kawalan serta sekatan kekejaman Israel terhadap sempadan darat dan laut.

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia amat kesal dan berdukacita dengan layanan serta kepimpinan negara-negara dunia yang tidak memberikan usaha jitu terhadap isu peperangan Israel-Palestin.

Kami sebulat suara ingin mendesak agar Kementerian Luar Negeri bertindak mengeluarkan kenyataan tegas bersama negara-negara ASEAN bagi mengesa membuka kawalan serta sekatan sempadan darat dan laut dalam menunjukkan empati jitu terhadap isu kebuluran serta genosid di Gaza. Kami merasakan isu kebuluran serta genosid terutama melibatkan wanita dan kanak-kanak ini bukan lagi isu yang boleh dikompromi sama sekali.

Besar harapan Pergerakan Puteri UMNO Se-Malaysia agar surat terbuka ini dapat diambil maklum dan diambil tindakan segera bagi membantu saudara seislam kita disana. InshaAllah.

Shamellya Norazizi
Ketua Penerangan
Puteri UMNO Malaysia

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79