Sama-Sama Istiqamah Dalam Perjuangan – Ab Rauf

ALOR GAJAH, 6 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengingatkan ahli parti agar terus istiqamah dalam usaha memartabatkan lagi perjuangan parti berkenaan.

Berucap ketika merasmikan Mesyuarat UMNO bahagian Masjid Tanah pagi tadi, beliau menegaskan perjuangan parti yang telah diasaskan oleh pemimpin terdahulu memerlukan kesinambungan yang berterusan.

Menurut beliau apa yang utama adalah soal kesatuan serta muafakat yang perlu disemai dan dijadikan asas dalam perjuangan dan bukannya untuk kepentingan diri semata-mata.

“Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Negeri (PRN) sekali lagi kita akan serahkan kepada mandat rakyat..kita yang akan berdepan dengan mereka utk mereka nilai apa yang telah kita usahakan.

“Jadi Insya Allah perjuangan kita tidak akan padam…nilai perjuangan bukan murah malah kita tidak sekelip mata menjadi  ‘hero’ dalam perjuangan. Jadilah seperti Hang Tuah yang setia dan Hang Jebat yang berani. Moga-moga perjuangan kita memberi manfaat untuk parti,” katanya.

Pagi tadi berlangsung Mesyuarat UMNO bahagian Masjid Tanah, bertempat di Park Royal, Alor Gajah. Turut serta timbalannya Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan pimpinan yang lain serta para perwakilan.

Abd Rauf seterusnya berharap ahli parti di bahagian berkenaan tidak mudah terpedaya dengan mainan fitnah media sosial yang hanya akan melemahkan parti.

“Itiqamahlah dalam perjuangan…kita kempen elok elok dalam media sosial. Bukannya tohmah sana-sini. Taat setialah kepada parti dan teruslah berjuang. Kita nak menang pilihan raya. Marilah bersama saya bina Melaka kekal sebagai empayar hebat. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79