Kebajikan Penggiat Sektor Industri GiG Terus Diperkukuh – Johan

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Sesi Meja Bulat Ekonomi Perkongsian dan Industri GiG yang berlangsung pada Selasa membuka peluang untuk meningkatkan lagi pelbagai usaha membantu golongan berkenaan.

Timbalan Pengerusi Sekretariat Kesatuan Sekerja dan Ekonomi GiG Malaysia, Datuk Johan Abd Aziz menerusi perkongsian di Facebooknya berkata ianya juga adalah satu pencapaian yang terbaik buat mereka yang terlibat dalam sektor tersebut.

“Menghadiri Sesi Meja Bulat Ekonomi Perkongsian dan Industri GIG bersama YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Satu pencapaian besar buat pemain industri dan komuniti gig apabila penubuhan Majlis Ekonomi Gig Malaysia telahpun diluluskan oleh  Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya.

Kata beliau lagi majlis ini bakal menjadi platform penting dalam merangka dasar dan sebagainya lagi terhadap sektor tersebut.

“Insya-Allah ini juga akan memperkukuh perlindungan sosial dan memperjuangkan hak serta kebajikan tenaga kerja dalam ekonomi perkongsian dan sektor GiG yang semakin berkembang pesat di negara kita,” ujarnya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79