Semangat Muafakat Perkukuh UMNO Bentong

BENTONG, 1 Julai –Semangat muafakat dan iltizam untuk terus memperkukuh perjuangan UMNO jadi keutamaan kepada UMNO Bahagian Bentong dalam meneruskan kesisambungan parti.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohd Zaini Salleh menekankan keperluan memperkukuh kekuatan dalaman parti menerusi kerjasama semua peringkat kepimpinan dan akar umbi.

“UMNO Bentong mesti kekal sebagai benteng utama memperjuangkan nasib rakyat, khususnya orang Melayu dan penduduk setempat. Muafakat yang kukuh adalah kunci kejayaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan para perwakilan sempena persidangan terbabit yang berlangsung Ahad di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberikan suntikan semangat kepada anggota perwakilan dalam memastikan UMNO terus kukuh.

Turut hadir ialah Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan kepimpinan Negeri Pahang serta bahagian yang membuktikan komitmen untuk terus mendukung kepimpinan parti di semua peringkat. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79