ADUN Lenggeng Terima Aduan Rakyat, Buka Ruang Dengar Dan Bertindak

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin berbesar hati menerima kehadiran rakyat di pusat khidmatnya pada semalam.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban berkata ia bagi memastikan permasalahan di kawasan dikendalikan sebaiknya melalui aduan diberi rakyat.

Dilaksanakan sejak awal pagi, ia memfokuskan kepada Panchor Jaya bagi mendapatkan aduan terperinci dan berkhusus di kawasan tersebut.

“Selesai hari ini bersama rakyat Panchor Jaya. Terima kasih atas sambutan hangat dan mesra.

“Inisiatif ini bukan sekadar bersama rakyat tetapi ruang mendengar, memahami dan bertindak,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu menerusi hantaran berbeza, Mohd Asna turut sama memberikan sumbangan kepada adik Farah Adriana yang akan mendaftarkan diri ke matrikulasi pada minggu hadapan.

Menyifatkan pendidikan sebagai pelaburan penting untuk masa depan, beliau turut menitipkan pesan kepada Farah untuk belajar sebaiknya.

“Tahniah kepada adik Farah Adriana. Sempat saya menyampaikan sumbangan kepada beliau yang akan menyambung pelajarannya ke Martikulasi.

“Semoga bantuan kecil ini dapat meringankan beban dan menyuntik semangat untuk terus berjaya.

“Kami percaya pelaburan terbaik adalah pada pendidikan generasi masa depan,” ujar beliau. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79