Kerajaan Johor Ambil Berat Masyarakat Pelbagai Peringkat – Exco Kerajaan Negeri

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Kerajaan Negeri Johor sentiasa mengambl berat kebajikan serta kepentingan pelbagai peringkat lapisan masyarakat dalam usaha memastikan rakyat negeri berkenaan hidup dalam suasana yang sebaiknya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip berkata kerajaan sentiasa meletakkan keutamaan rakyat di depan termasuklah masyarakat orang Asli dengan mengambil kira pelbagai aspek.

“Johor sentiasa mengambil berat pembangunan dan kebajikan masyarakat Orang Asli di negeri ini dengan pelbagai program dan peruntukan termasuk menambah elaun Batin sebanyak RM300 yang menjadikan elaun mereka RM1200 (RM900 persekutuan & RM300 negeri).

“Kami harap masyarakat Orang Asli di negeri ini tidak akan tertinggal dan terpinggir dari arus pembangunan terutama dalam mencapai negeri maju 2030, insya-Allah,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Terdahulu beliau beliau menghadiri Mesyuarat Majlis Perunding Orang Asli Bilangan 1 Tahun 2025, yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah, di Bangi, Selangor.

Zahari seterusnya menambah menerusi mesyuarat berkenaan, mereka dibentangkan beberapa hala tuju dalam membangunkan lagi masyarakat berkenaan.

“Alhamdulillah… kami dibentangkan beberapa hala tuju Kementerian dan JAKOA untuk pembangunan masyarakat Orang Asli.

“Bagi pihak Kerajaan Johor, kami mohon kerjasama pihak JAKOA dan Kerajaan Persekutuan melalui KKDW untuk beri perhatian kepada Perkampungan Orang Asli khasnya di kawasan selatan Johor yang dijangka akan pesat membangun sempena pelaksanaan Zon JS-SEZ.

“Kami juga mohon penambahan peruntukan baik pulih dan bina baru rumah bagi masyarakat orang asli serta pelbagai permohonan lain untuk kepentingan masyarakat setempat,” ujarnya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79