Komitmen Tidak Pernah Luntur, UMNO Terus Bersama Rakyat Nenggiri – Ahmad Jazlan
GUA MUSANG, 29 April – Kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) bukan sekadar turun padang ketika musim pilihan raya, tetapi kekal komited untuk terus berkhidmat demi kesejahteraan rakyat.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kehadiran berterusan Presiden UMNO ke kawasan tersebut mencerminkan kesungguhan beliau dalam memastikan agenda membela rakyat diteruskan secara konsisten.
“Sepanjang tempoh berkempen di DUN Nenggiri, Pengerusi BN itu telah turun padang sebanyak tujuh kali dan itu merupakan satu usaha luar biasa yang memperlihatkan kesungguhan beliau dalam memastikan kejayaan BN demi masa depan rakyat Nenggiri.
“Kunjungan pasca-pilihan raya ini membawa makna yang mendalam, sebagai manifestasi bahawa janji kepada rakyat bukan sekadar retorik. BN terus berpegang teguh kepada komitmen untuk menawarkan yang terbaik buat rakyat Nenggiri.
“Pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan rakyat telah diumumkan, termasuk peruntukan bagi kerja-kerja membaik pulih Masjid Al-Muttaqin, pembinaan jambatan baharu, pembangunan gerai dan kedai di bawah KESEDAR dan usaha menghidupkan semula Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) di Gua Musang,” katanya kepada UMNO Online.
Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Machang menegaskan kejayaan BN di dua kawasan tersebut bukan sahaja mencerminkan sokongan rakyat, malah menjadi asas kukuh untuk masa depan yang lebih gemilang.
“Nenggiri dan Galas kini menjadi simbol bukti bahawa BN sentiasa konsisten membawa perubahan dan kesejahteraan untuk rakyat Kelantan. Kejayaan ini adalah asas untuk membina masa depan yang lebih gemilang di negeri ini.
“Komitmen BN dalam membangunkan Kelantan akan diteruskan dengan pendekatan yang lebih mesra rakyat, inklusif dan berpandangan jauh,” jelasnya.
Terdahulu Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk memperkasa komuniti di kawasan Gua Musang dan juleas membuktikan Kerjaaan Madani tekad membangun dengan penuh makna.
Ia turut membuka semula Pusat Pendidikan Tinggi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang ditutup sejak 2019 bakal dibuka semula serta menawarkan kursus yang lebih relevan serta berdaya saing mengikut keperluan industri. – UMNO Online