Manifesto BN: Ayer Kuning Sejahtera Bersama – 3 Tekad, 7 Tawaran

Tiga tekad menjadi asas kepada keseluruhan usaha ini iaitu:

1. Menjamin perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Ayer Kuning.

2. Menolak sebarang sentimen perkauman dan politik kebencian yang memecahbelahkan rakyat.

3. Menghubungkan inisiatif sosioekonomi di DUN Ayer Kuning selaras dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.


Ada tujuh tawaran utama yang mahu saya ketengahkan yakni:

1. Ekonomi Tempatan yang Makmur:

o Menyediakan geran khas untuk usahawan kecil, petani, pekebun kecil, dan penjaja.

o Memperluas akses pasaran bagi hasil tani dan produk kampung.

o Memperkasa keusahawanan melalui bimbingan dan e-dagang.

2. Meningkatkan Keupayaan Sara Hidup Rakyat:

o Memperluas program kedai bergerak dan jualan Rahmah.

o Memberi peluang kepada peniaga kecil tempatan dalam
program kesejahteraan rakyat.

3. Pembangunan Infrastruktur Setempat:

o Menambah baik jaringan jalan kampung dan kawasan pertanian.

o Menyediakan ruang niaga berstruktur untuk penjaja kecil dan peniaga muda.

o Meningkatkan liputan dan jaringan komunikasi, terutama di kawasan perumahan baharu.

4. Agenda Anak Muda & TVET:

o Menawarkan tajaan latihan TVET dalam bidang pertanian moden, automotif, dan digital.

o Mewujudkan inisiatif pemadanan pekerjaan dengan sektor industri di Tapah, Kampar, dan Slim River.

5. Prihatin Warga Emas, Wanita & Orang Asli:

o Meluaskan akses keselamatan sosial kepada warga emas miskin, ibu tunggal, dan Orang Asli.

o Menawarkan bimbingan dan kemudahan pendidikan, kesihatan, dan pembangunan koperasi masyarakat Orang Asli.

6. Pendidikan Berkualiti untuk Anak Jati Ayer Kuning:

o Memperjuangkan usaha menaik taraf kemudahan sekolah rendah, menengah, dan pra-sekolah.

o Menyediakan sokongan pendidikan dan kelas motivasi untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

7. Perkhidmatan ADUN yang Berjiwa Rakyat:

o Membuka Pusat Khidmat Rakyat dengan waktu operasi panjang termasuk hujung minggu.

o Menjalankan lawatan berkala ke kampung dan taman untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat secara langsung. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit