Dr Ustaz Yusri Memahami Kehendak Rakyat Ayer Kuning, Perjuangan Parti – Dr Azhar
TAPAH, 17 April – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Dr Ustaz Mohamad Yusri Bakir sebagai individu yang layak diketengahkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.
Beliau berkata ini kerana selain mempunyai pengalaman dalam selok-belok bahagian Tapah sebagai setiausaha, latar belakang pendidikannya juga membawa kelebihan tersendiri.
“Hari ini zaman orang yang ada ilmu, bukanlah menjadi satu syarat wakil rakyat ini mesti ada ijazah tetapi apa guna orang mempunyai pengetahuan. Menjadi satu kelebihan kepada mana-mana calon yang mempunyai kelayakan tinggi kerana ia melambangkan status, ilmu dimiliki daripada mereka yang tidak ada kelulusan tinggi.
“Apatahlagi doktor falsafah sebagai pendidikan teringgi di negara kita malah beliau juga seorang tenaga pengajar di Intitut Pendidikan Guru iaitu di Fakulti Pendidikan Islam, beliau juga lepasan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) antara universiti tertua di Malaysia yang telah melahirkan ramai golongan pendidik, teknokrat dan pemimpin negara termasuk Allahyarham Tun Ghaffar Baba.
“Malah dalam politik sebagai setiausaha kepada ketua UMNO Bahagian kalau di sisi struktur organisasi orang yang sangat penting selepas ketua Bahagian itu segala arahan, pergerakan organisasi bahagian, cawangan dan sebagainya banyak digerak operasinya oleh beliau.
“Tentulah beliau sangat memahami kehendak UMNO, rakyat dalam kawasan DUN Ayer Kuning dengan pendidikan dimiliki bawa adunan yang baik untuk rakyat serta BN UMNO sendiri,” katanya ketika ditemui UMNO Online.
Mengulas lanjut berkenaan PRK ini, beliau berkata rakyat perlu matang dalam menepis ideologi negatif yang dibawa pembangkang.
Katanya ini termasuk menimbulkan prespektif membabitkan kerjasama Kerajaan Perpaduan dengan kedudukan Islam di negara ini.
“Isu tunggang, fitnah, resis ini sudah-sudahlah kerana di Malaysia ini memang kita tetap ada orang Melayu, Cina, India, orang asli kerana ini Malaysia.
“Tetapi ada pihak yang mencari isu terutama pemimpin pemangkang untuk menghentam UMNO melahirkan kebencian kepada orang Melayu kepada UMNO,” ujar beliau.
Untuk rekod calon BN, Dr Ustaz Mohamad Yusri Bakir berdepan dengan dua saingan antaranya daripada Abdul Muhaimin Malek (Perikatan Nasional) dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).
PRK DUN Ayer Kuning ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu selepas menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang. – UMNO Online