Jelajah Penerangan UMNO Malaysia Diteruskan Ke Bumi Darul Takzim

PENGERANG, 23 Nov – Jelajah Penerangan UMNO Malaysia diteruskan lagi ke Johor Darul Takzim pada hari ini.

Diadakan di Dewan Kejora, Bandar Penawar program ini menghimpunkan tiga bahagian iaitu UMNO Bahagian Pengerang, Kota Tinggi dan Pasir Gudang.

Program yang dilaksana hasil cetusan idea Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said ini bertujuan untuk memberikan penjelasan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan perkembangan politik di negara ini.

Jelajah Penerangan UMNO ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Muszaidi Makmor diikuti sesi khas bersama Peguam, Hamidi Mohd Noh dan Pengarah Komunikasi kepada Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Raziz Rashid.

Seterusnya, program akan disusuli dengan ucapan oleh Azalina dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Untuk rekod, program Jelajah Penerangan ini telah melaksanakan program di bahagian-bahagian UMNO seluruh negara. Sebanyak 33 bahagian-bahagian UMNO seluruh negara telah melaksanakan program Jelajah Penerangan UMNO sepanjang tahun 2024. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.