Kerajaan Melaka Sentiasa Berikan Sokongan Libatkan Soal Perumahan – Rais

MELAKA, 6 Okt – Exco Kerajaan Negeri Melaka , Datuk Rais Yasin berkata tumpuan dan keutamaan yang melibatkan soal perumahan untuk rakyat negeri berkenaan akan terus diberi keutamaan dalam usaha memastikan kehidupan yang kondusif.

Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan dan dukungan ke arah berkenaan.

“Ekspo Perumahan dan Hartanah Melaka (2nd MAPEX 2024) di Pentas Utama Mahkota Parade amat baik.

“Ekspo ini yang berlangsung selama 4 hari daripada 3 – 6 Oktober disertai oleh 24 booth pameran yang terdiri daripada 20 pemaju perumahan swasta terkemuka dan Perbadanan PRIMA Malaysia,” katanya yang turut merasmikan program berkenaan.

Insya-Allah Kata Rais lagi pihak Kerajaan Negeri sentiasa memberikan sokongan dan progresif dalam menyediakan kehidupan yang kondusif buat rakyat Melaka.

“Malah, negeri ini juga masih lagi memegang rekod menawarkan harga rumah terendah di Malaysia berdasarkan Laporan Data Awalan Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) separuh pertama 2024,” ujarnya.

Turut hadir bersama pada program berkenaan, YBhg. Ngoh Chun How, Pengerusi REHDA Melaka, YBhg. Datuk Tpr Hj, Murad bin Husin, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka dan YBhg. Datuk Sonny Tay, Pengerusi Penganjur Mapex REHDA Melaka.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.