Hubungan BN-China: Program Menarik… Boleh Diteruskan Pada Masa Akan Datang

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Exco Puteri UMNO, Shaninah Sani@Johor berharap program antara dua negara sepertimanakunjungan delegasi Barisan Nasional (BN) Ke China baru-baru ini yang diadakan sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan negara berkenaan perlu diteruskan pada masa akan datang.

Bagi beliau program berkenaan amat memberangsangkan malah memberi kelebihan bukan sahaja kepada mereka yang menyertai delegasi tersebut tetapi juga akan dapat mengeratkan hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara.

“Alhamdulillah… kunjungan kami baru-baru ini banyak memberi inspirasi dan input-input yang dapat dipelajari bersama serta dapat berkongsi pengalaman. Yang utama sudah pastilah soal kecanggihan dan kemajuan negara China yang boleh menjadi inspirasi kepada kita terutama anak muda.

“Sebagai Pengerusi Biro Ketrampilan dan Pembentukan Imej Puteri UMNO, kita juga tertarik dengan kepelbagaian etnik yang mereka perkenalkan. Semoga hubungan dua hala ini akan terus diperkukuhkan,” katanya kepada UMNO-Online.

Kata beliau bukan dari segi kepelbagaian etnik, soal pendidikan dan suasana negara berkenaan juga boleh dimanfaatkan dalam usaha mengembangkan segala industri serta mengaplikasi alam semula jadi yang ada di negara kita.

“Pembelajaran teknikal dan vokasional antara yang kita boleh lihat kerana negara berkenaan cukup maju ke depan. Mereka menyediakan pembelajaran teknikal untuk rakyat dan ini saya lihat selaras dengan apa yang tengah diusahakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memperkasakan bidang TVET di negara kita.

“Begitu juga dengan pelbagai perkara yang lain… umumnya banyak perkara yang boleh kita belajar dan semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk manfaat bersama,” tambahnya.

Sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan China, BN baru-baru ini berkunjung ke negara berkenaan dengan pelbagai program yang diatur oleh pihak yang berkaitan khususnya Parti Komunis China (CPC)

Delegasi BN diketuai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan antara yang mengikuti delegasi tersebut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam; Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO selain wakil parti komponen BN termasuk rakan-rakan BN yang lain. – UMNO Online

 

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.