UMNO Beaufort Realitikan Dari Rakyat Kepada Rakyat, Terus Santuni Masyarakat

KUALA PENYU, 23 Sept – UMNO Bahagian Beaufort yang diketuai Datuk Awang Aslee Lakat terbukti merealitikan dari rakyat untuk rakyat dengan terus menyantuni masyarakat tempatan khususnya mereka yang dilanda kesusahan dan perlukan perhatian.

Melalui Biro Kebajikannya yang turut didukung oleh anggota jawatankuasa bahagian terbabit, gerak kerja dilaksana dengan turun padang menyusur akar bagi bertemu secara langsung dengan mereka yang perlukan perhatian di samping menghulurkan bantuan agar kesusahan dapat dikurangkan.

Jelas Awang Aslee, usaha tersebut bukanlah perkara baharu namun telah sebati dalam agenda gerak kerja UMNO Beaufort sebagaimana UMNO itu sendiri yang memang telah dikenali sebagai parti politik penuh dengan khidmat dan bakti.

“Sedaya mungkin kami akan melakukan yang terbaik walaupun memang tak dinafikan ada kekakangan tetapi alhamdulillah, atas kebersamaan dan saling membantu dalam kalangan anggota jawatankuasa dan masyarakat setempat maka kerja yang rumit menjadi mudah.

“Ahli-ahli UMNO khususnya jawatankuasa parti adalah pemantau yang bertindak menjadi mata dan telinga lantas menjadi jambatan utama bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang kesusahan. Jika dilihat banyak perkara sukar dibuat tapi dengan semangat satu keluarga besar maka semuanya dapat diatasi dan dilaksanakan dengan baik,” katanya kepada UMNO Online.

Terdahulu, sumbangan prihatin UMNO Beaufort telah dibuat kepada keluarga Ejip Tianji yang baru sahaja kehilangan anak lelakinya, mendiang Jeckson Minik @ Ejip di kediaman beliau Kampung Bundu, Kuala Penyu.

Seterusnya, menziarahi Ebah Pasi yang sedang sakit di kediamannya di sini.

Sumbangan ini disempurnakan oleh Norjana Saban selaku Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Beaufort dan Richard Elleh iaitu Ketua PDM Bundu bersama dengan ahli jawatankuasa UMNO Bahagian empat peringkat.

Menyantuni Puan Justina binti Barih di Kampung Batung, Kuala Penyu dan Encik Abd. Karim bin A.M Zahari yang juga merupakan Penolong Pegawai Daerah Kecil Menumbok di kediaman beliau di Kampung Seberang Menumbok yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan anak mereka tidak lama lagi.

Sumbangan prihatin ini disampaikan oleh Puan Norjana binti Saban, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian P177 Beaufort dan Encik Marjuki bin Sidek Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian P177 Beaufort bagi mewakili Ybhg Datuk Awang Aslee bin Lakat. Turut hadir bersama Puan Ainih binti Maidin, Puan Jalima binti Sion serta Jawatankuasa UMNO Bahagian 4 Peringkat.

Menziarahi beberapa buah rumah di sekitar Kampung Tempurung, Kuala Penyu. Rumah Kediaman Encik Rusjin Kamuning, Puan Sainah binti Buntat dan Puan Sarad Jontuh yang sedang sakit tua. Di Kampung Melampai, menziarahi Encik Kuinon bin Apau dan Encik Sutiu Anson yang sedang sakit.

Seterusnya, Menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada Tuan Haji Omar bin Haji Apin yang baru sahaja dilanda musibah atap rumah beliau diterbangkan angin rentetan cuaca baru-baru ini.

Biro Kebajikan UMNO Bahagian Beaufort juga turut menyampaikan sumbangan prihatin kepada Encik Naferi bin Safar di Kampung Parit Karukan dan Encik Mohd Fazree bin Ag. Fadillah di Kampung Kepayan, Kuala Penyu yang bakal melangsungkan majlis anak mereka tidak lama lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.