Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1446H, Hayati Nilai Murni Rasulullah


KUALA LUMPUR, 16 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1446H kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Beliau juga mengajak untuk bersama-sama menghayati nilai-nilai murni yang telah ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, khususnya dalam menjalani kehidupan seharian sebagai umat Islam.

“Sambutan Maulidur Rasul ini bukan hanya sekadar memperingati kelahiran Baginda, tetapi juga menjadi pengingat untuk kita terus mencontohi keperibadian mulia serta memperkukuh ukhuwah dalam masyarakat.

“Semoga semangat Maulidur Rasul ini mendorong kita semua untuk terus berusaha mencapai kejayaan dan kemajuan, bukan hanya dalam kehidupan duniawi tetapi juga ukhrawi.

“Semoga kita terus beristiqamah dalam meneladani Baginda dan bersama-sama membina sebuah negara yang lebih sejahtera dan makmur. Insya-Allah,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.