Ramah Mesra Bersama-sama Pemimpin Masyarakat dan Penjawat Awam

LIPIS 9 Jan — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada 20 orang penerima dalam kalangan orang-perseorangan, jabatan, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Selain daripada itu, beliau turut menyampaikan hadiah pelajar cemerlang UPSR 2018 sumbangan Yayasan Pahang Daerah Lipis kepada 29 orang pelajar pada Majlis Ramah Mesra Bersama-sama Pemimpin Masyarakat dan Penjawat Awam Daerah Lipis di Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79