Terjemahkan Esok, Insya-Allah Kemenangan Berpihak BN – Mohamad

BENTONG, 6 Okt – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berharap kempen Barisan Nasional  (BN) yang bermula selepas proses penamaan calon Sabtu dua minggu lalu diterjemahkan esok.

Menurut beliau langkah itu penting agar kemenangan berpihak kepada BN dengan pengundi memberikan kepercayaan kepada calon BN, Datuk Amizar Abu Adam.

“Hari ini hari terakhir kempen yang akan tamat pada malam ini dan kempen selama ini sepanjang dua minggu kita terjemahkan esok. Satu undi pun penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi Ramah Mesra Bersama Masyarakat di Bilik Gerakan BN, Kg Hayat, di sini petang tadi.

Mohamad seterusnya menegaskan pelbagai tuduhan terhadap BN sepanjang kempen memperlihatkan pihak lawan kehabisan modal.

“Saya rasa pihak sebelah sana macam-macam tuduh kita…modal lama…tuduh macam-macam namun hujah tak ada apa-apa,” ujarnya.

PRK DUN Pelangai diadakan ekoran kematian Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi memilih wakil rakyat baru kawasan itu. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.