Pengundi Jangan Cepat Termakan Hasutan, Undilah Calon BN – Exco Wanita

BENTONG, 6 Okt – Hanya tinggal beberapa jam lagi tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) akan berakhir dan pastinya jentera parti akan melakukan sebaik mungkin sebelum berakhir jam 12.00 tengah malam ini.

Exco Wanita UMNO Malaysia, Hisham Suhaily Othman menyeru kepada semua pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai menyokong calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam.

“Saya menyeru kepada semua pengundi dalam DUN Pelangai yang tinggal di dalam kawasan serta di luar sama-sama keluar mengundi pada hari Sabtu, 7 Oktober dan undi BN.

“Sama-sama undi nombor tiga calon BN, Datuk Amizar Abu Adam dan merayu pada semua pengundi jangan termakan, percaya dan cepat terhasut dengan isu-isu yang dibawa oleh pihak pembangkang kerana isu yang dimainkan itu adalah untuk mengelirukan pengundi Pelangai disebabkan menjadi alpa dan benci pada BN.

“Kita hendak mencari satu parti yang senang untuk menyenangkan rakyat Pelangai demi anak dan keluarga. Pastikan calon BN menang supaya penduduk di Pelangai ini mendapat manfaat dan nikmat dari kerajaan negeri dan juga kerajaan pusat,” katanya ketika ditemui UMNO Online, di sini.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Langkawi berpesan kepada penduduk Pelangai memikirkan masa depan mereka dan jangan melakukan kesilapan.

“Pengundi Pelangai harus memikirkan masa depan, perlukan bantuan-bantuan yang akan datang untuk bantu penduduk-penduduk di kawasan ini.

“Jangan buat silap dan mahukan kerajaan negeri Pahang ini seperti Kerajaan Perpaduan dan begitulah calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan,” ujarnya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit