Pemuda UMNO Tekad Pertahankan DUN Pelangai – Fikhran Hamsi

BENTONG, 26 Sept – Pemuda UMNO yakin Barisan Nasional (BN) akan dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 7 Oktober depan, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fikhran Hamsi Mohamad Fatmi.

Ini kerana katanya hal tersebut adalah berdasarkan kekuatan akar umbi dengan gerak kerja yang dilakukan oleh Allahyarham Datuk Seri Johari Harun sepanjang berkhidmat di kawasan Pelangai.

“Kita lihat ramai anak muda rapat dan tersentuh dengan gerak kerja yang dibuat oleh Allahyarham dan yakin calon DUN Pelangai Datuk Amizar Abu Adam mampu menyambung legasi terutamanya mendekati anak muda sekaligus beri khidmat bakti di sini.

“Saya yakin terutamanya anak muda dapat mengekalkan serta mempertahankan kerusi DUN ini untuk mengundi calon BN kerana keperibadian beliau ini mencerminkan seperti tingkah laku Allahyarham.

“Saya yakin dan percaya gerak kerja Pemuda UMNO ini untuk menerangkan keadaan politik semasa sekaligus meraih undi terutamanya pengundi muda bagi DUN Pelangai bakal berhasil, insya-Allah,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu seterusnya berkata jika dilihat pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram baru-baru ini, tidak mustahil pihak pembangkang akan bawa naratif persepsi yang negatif untuk pengundi di DUN ini.

BENTONG, 23 Sept – Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengiringi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam ketika berkumpul di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Kemasul sebelum berarak ke Pusat Penamaan Calon hari ini.Turut kelihatan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail – Foto : MediaUMNO
I


“Tidak mustahil pihak pembangkang akan membawa naratif persepsi yang negatif yang sememangnya kini terdesak untuk menggunakan fitnah kepada BN. Hasil pada PRK Johor ternyata rakyat sudah celik dan pandai menilai setiap informasi yang diterima dan mengkaji sama ada perkara ini benar atau fitnah semata-mata.

“Pengundi-pengundi ini sudah bijak menilai perkara-perkara yang dibawa pembangkang sama ada naratif yang negatif mahupun sentimen perkauman ataupun menunggang agama dan pengundi boleh tahu perkara itu adalah semata-mata fitnah,” jelas beliau lagi. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit