Kemenangan BN Penting Untuk Kelangsungan DUN Pelangai – Dr Akmal

BENTONG, 24 Sept – Barisan Nasional (BN) perlu mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam usaha memastikan segala perancangan sebelum ini dapat diteruskan.

Pada masa yang sama Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda BN,  Dr Muhamad Akmal Salleh berpandangan kemenangan juga memberi suntikan semangat kepada seluruh ahli parti setelah UMNO ditohmah dengan pelbagai tohmahan sebelum ini.

“Parti perlu menang di Pelangai…apabila kalah akan keluar macam-macam tohmahan terhadap parti…

Apa pun kita percaya kebangkitan UMNO bermula di Pelangai di bumi Pahang.

“Bagaimana kita menang dahulu pada PRK Parlimen Cameron Highlands….walaupun orang kata macam-macam akhirnya kita menang dan dapat kemenangan majoriti besar akhirnya sehingga ke Tanjung Piai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sembang santai bersama jentera Pemuda BN di Kg Hj Shafie di sini, malam tadi.

Dr Akmal seterusnya mengingatkan agar semua pihak terus meningkatkan gerak kerja dalam usaha membantu parti mencapai kemenangan.

“Jangan biarkan orang lain bunuh parti kita… ini tanggungjawab kita untuk naikkan maruah UMNO di bumi Pelangai ini. Malah ini bukan maruah UMNO Bentong/Pelangai tetapi maruah UMNO satu Malaysia.

“Dalam tempoh dua minggu ini kita perlu kerja kuat untuk sama-sama bantu kemenangan parti. Kita tidak ada ruang dan peluang untuk kalah…kita ada matlamat untuk menang…biarlah apa orang nak kata tentang parti kita tetapi kita yang berada di dalam parti tahu bagaimana kita sayang parti kita.” ujarnya.- UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit