KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) berbual bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri), Presiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu (dua, kanan) dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) selepas berucap pada Sesi Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.