Siapa Lebih Berkuasa Di Perak, MB Atau Dap?


KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan siapakah sebenarnya yang lebih berkuasa di Negeri Perak?

Persoalan tersebut ditimbulkan oleh beliau ekoran tindakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menolak usul yang dibawa Menteri Besar (MB) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Jarang dilihat di Parlimen dan mana-mana DUN usul yang dibawa oleh pihak Kerajaan ditolak oleh Speaker Dewan.

“Saya mempersoalkan jika usul dibawa YAB MB sebagai Ketua Kerajaan Negeri pun ditolak oleh Speaker Dap. Siapakah sebenarnya yang berkuasa di negeri Perak? MB atau Dap?” soalnya menerusi akaun Twitter miliknya hari ini.

Dilaporkan, Koo Ham yang juga Penasihat Dap Perak hari ini menolak usul mengenai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dibawa Ahmad Faizal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud untuk dibahaskan pada Sidang Dun Perak. – MediaUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit