Undi Awal: Ahmad Zahid Ucap Selamat Mengundi, Bersama Perpaduan Demi Watan


KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat mengundi kepada para anggota keselamatan dan juga pengundi-pengundi awal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berharap agar para pengundi membuat keputusan terbaik dan bijaksana.

“Buatlah keputusan yang terbaik kerana kuasa memilih di tangan anda. Buat keputusan yang bijaksana, demi masa hadapan anda dan keluarga.

“Pilihlah calon-calon daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).”
Katanya lagi yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, pilihlah sebuah parti yang mengutamakan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran.

“Selamat mengundi. Saya doakan agar dipermudahkan urusan buat semua,” katanya menerusi hantaran dalam laman media sosialnya.

Hari ini, seramai 97,388 individu terdiri daripada anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis bersama pasangan masing-masing akan menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian awal PRN.

Kesemua pusat pengundian awal bagi PRN di enam negeri dan PRK Parlimen Kuala Terengganu akan dibuka serentak pada pukul 8 pagi dan akan ditutup secara berperingkat mengikut kedudukan kawasan pusat mengundi. – UMNO Online


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit