Hormati Organisasi, Hargai Keharmonian Dalam Barisan Nasional – Mohd Rafi

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan menggesa semua pihak dalam kompenan Barisan Nasional (BN) untuk terus menghormati organisasi BN yang telah terbina atas kesatuan demi rakyat dan negara Malaysia tercinta.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata demikian berikutan rasa terkilan
dengan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran yang memaklumkan bahawa kedudukan MIC dalam BN seakan berada di persimpangan jalan dan sememangnya tidak senang dengan perkara ini.

“Ini kerana sewajarnya beliau bersikap berlapang dada dan mengambil pendekatan lebih positif berkaitan perkembangan politik semasa termasuklah kedudukan BN dan juga peranan MIC sendiri.

“MIC telah bersama-sama BN sejak puluhan tahun lalu malah telah melalui pelbagai suka duka politik termasuk mendepani krisis dalam negara pelbagai peringkat. Biarpun zaman berubah dan kepimpinan antara parti silih berganti namun kesetiaan dan semangat kesepakatan dalam BN tidak pernah luntur, malah tidak pernah dipertikaikan sejak dahulu lagi,” katanya dalam hantaran menerusi laman facebooknya, hari ini.

Kata Mohd Rafi, semangat kebersamaan dalam mengharungi cabaran ini sewajarnya dikekalkan termasuklah dalam situasi politik terkini apabila BN mengalami kesulitan termasuk pasca Pilihan Raya Umum ke-15 dan dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini yang bersama Kerajaan Perpaduan.

“Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan mana-mana pihak termasuk MIC sendiri untuk Lebih dari itu, hargailah juga keharmonian dan kelestarian persefahaman dalam BN termasuk usaha yang dilaksana Pengerusinya YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memastikan BN terus mantap.

“Ini kerana sokongan dan dukungan adalah amat penting bukan sahaja dari MIC malah dari seluruh kesatuan dalam BN hinggalah kepada anggota akar umbi.”

Lebih penting lagi, katanya Ahmad Zahid sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memastikan BN terus relevan dan menjadi sebahagian daripada kerajaan sejak kekalahan 2018.

“Malah MIC juga mendapat manfaat walaupun hanya menang 1 kerusi Parlimen pada PRU ke-14 dan PRU ke-15. Ini semua hasil kebijaksanaan kepimpinan selaku Pengerusi BN yang sentiasa mengutamakan keharmonian dan kesepaduan dalam parti.

“Lantaran itu usaha sedemikian perlu disemai oleh semua pendukung dalam BN terutamanya kepimpinan parti-parti komponannya demi kesinambungan legasi BN terus kukuh,” katanya lagi. – UMNO Online


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit