Pemuda UMNO Cawangan Disaran Ambil Inisiatif Dekati Dan Bantu Anak Muda

MENUMBOK, 2 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort berharap agar pemimpin pemuda di peringkat cawangan mengambil inisiatif bagi mendekati golongan muda bagi membantu mereka membuat pilihan yang betul dalam kehidupan selain menyediakan program yang dekat dengan jiwa golongan itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort, Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahya berkata, golongan muda merupakan aset penting negara yang perlu sentiasa dibimbing dengan cara sesuai berdasarkan kehendak dan gaya hidup masa kini.

Katanya, golongan tersebut senang untuk didekati menerusi program-program yang bersifat santai dan diselangi dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat yang perlu diambil peluang oleh agensi-agensi kerajaan dalam membimbing mereka.

“Sebab itu Pemuda UMNO bahagian Beaufort mengaturkan program-program kepada mereka ini terutamanya program program yang boleh mengeratkan hubungan silatulrahim dan dapat membentuk budaya kerja berpasukan selain dapat mengisi masa terluang mereka dari terjebak dengan gejala negetif,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pertandingan Seni Suara dan Ketahahan Murai dekat sini baru-baru ini.

Pertandingan anjuran Kelab Komuniti Murai Batu Menumbok itu berjaya menarik penyertaan seramai 216 peserta yang datangnya dari Sabah dan Sarawak termasuk negara jiran Brunai.

Menurut Ak Mohd Yazri anak muda juga perlu sedar bahawa dalam menikmati pelbagai aktiviti remaja, mereka juga mempunyai tanggungjawab yang perlu dilunaskan kepada keluarga, masyarakat dan juga negara.

Agensi kerajaan badan-badan koporat, NGO dan pertubuhan politik jelasnya boleh berperanan sebagai pihak yang memberi sokongan membabitkan peluang yang mungkin boleh diceburi berdasarkan minat mereka.

“Kita (Pemuda UMNO ) akan bawa lebih banyak program terutamanya program-program yang boleh memberi maklumat supaya anak-anak muda tahu bahawa kerajaan sebenarnya banyak ruang dan peluang untuk mereka berkecimpung,“ katanya.

Menurut Ak Mohd Yazri sememang dalam perancangan Pemuda UMNO untuk membawa turun padang pelbagi agensi dan jabatan kerajaan yang berkaitan yang disesuai dengan program seminar atau kursus jangka pandek bagi memberi pendedahan kepada anak muda sama ada yang ingin berniaga, mengusahakan pertanian atau penternakan untuk menjana ekonomi mereka.

“Banyak agensi atau jabatan kerajaan boleh membantu bukan sahaja dari segi kemahiran malah dapat membantu dari segi pinjaman dana yang boleh dimanafaatkan oleh anak muda” jelas Ak Mohd Yazri lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.