Rakyat Negeri Sembilan Masih Ingat Jasa, Perjuangan UMNO/BN – Jalaluddin

SEREMBAN, 2 Ogos – Rakyat Negeri Sembilan masih mengingati kegemilangan UMNO/Barisan Nasional (BN) ketika memegang tampuk pentadbiran kerajaan negeri, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Katanya, perkhidmatan terbaik itu terus disambung Pakatan Harapan (PH) selepas kemenangan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Negeri Sembilan ini yang cantiknya adalah khidmat dan jasa, BN sewaktu pegang kerajaan sejak puluhan tahun dahulu rakyat sudah tahu jasa perjuangan yang dilakukan parti untuk mereka, pembangunan negara.

“Kita malah membuktikan perkara tersebut dengan melaksana, memberi seperti dijanjikan kemudian di sambung selepas PRU14 dengan perjuangan oleh PH yang juga berkhidmat kebaikan bersama rakyat walaupun waktu itu negara mengalami COVID-19 yang terpaksa selama dua tahun.

“Jadinya Perikatan Nasional (PN) ini tiada apa lagi yang hendak dia cari salah BN. Sedangkan kita sudah buktikan pembangunan, pembelaan untuk rakyat, semua golongan termasuk miskin, orang muda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah umum yang diadakan di Ampangan semalam.

Turut hadir adalah Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mazalan Maarop; calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Mohd Asna Amin dan kepimpinan MIC, MCA serta PH.

Beliau yang juga turut mencalonkan diri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi DUN Pertang berkata ianya berbeza dengan pendekatan dilakukan parti lawan yang seringkali memainkan sentimen murahan demi kepentingan politik mereka.

“PN suka mainkan emosi, rosakkan pemikiran malah suruh orang Melayu bergaduh, pemikiran dirosakkan antara masyarakat Melayu, UMNO dan BN.

“Sedangkan BN bekerjasama dengan PH untuk membela orang Melayu,” tegas beliau. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.