PRN: Ahmad Deraman Mahu Kekalkan Kerusi Kok Lanas Sebagai Tradisi Parti
KOK LANAS, 1 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas, Ahmad Deraman bertekad untuk mengekalkan kerusi tradisi parti itu dan menyambung tugas penyandangnya sebelum ini.
Ketika ditemui UMNO Online, beliau melahirkan rasa terharu kerana telah diberi peluang oleh penyandang kerusi tersebut iaitu Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad bagi meneruskan legasi perjuangan UMNO/BN.
“Saya berasa terharu kerana telah diberikan peluang oleh Datuk Seri Alwi Che Ahmad selaku penyandang kerusi DUN Kok Lanas.
“Saya nak ucap terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk meneruskan legasi ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Kok Lanas sebelum ini,” ujarnya.
Jelasnya, beliau ingin mengekalkan kemajuan yang telah dicipta sepanjang kawasan tersebut berada di bawah BN dan berharap agar para pengundi memberikan peluang kepadanya untuk menggalas tugas sebagai wakil rakyat.
“Impian saya mengekalkan DUN Kok Lanas di bawah Barisan Nasional (BN) yang sudah lapan penggal membawa kemajuan kepada kawasan setakat ini.
“Pesanan kepada pengundi, berilah peluang kepada saya untuk menyambung dan menggalas tugas sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Kok Lanas terutamanya kepada orang muda.
“Saya akan terus bela dan berusaha untuk meningkatkan kegiatan dalam bidang sukan serta pelajaran di DUN Kok Lanas,” katanya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian. – UMNO Online
Jom ikuti media sosial calon Barisan Nasional DUN Kok Lanas ini:
Facebook: (i) BN Dun N25 Kok Lanas (ii) Ahmad Deraman (Mat Jelira)
TikTok: bn_n25_koklanas
Instagram: bn_n25_koklanas
Youtube: BN DUN N25 KOK LANAS