REMBAU 23 JULAI– Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Haji Hasan
menghadiri Majlis Jentera Pilihanraya Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau di Telapak Tanjung, Rantau malam tadi.Turut serta, wakil PEMUDA dan PUTERI Bahagian angkat dari Sri Gading, Masjid Tanah dan Kota Melaka.Semoga ikatan silaturahim yang di jalin ini akan dapat menyuntik semangat kebersamaan sebagai jentera untuk mencapai matlamat kejayaan PRN untuk Bahagian Rembau.