PUTRAJAYA 18 Julai–Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membawa mandat Pengerusi Barisan Nasional untuk menyerahkan draf akhir dokumen perjanjian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diteliti sebelum ditanda-tangani oleh kedua-dua Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi Barisan Nasional mengenai hasil rundingan kerusi-kerusi yang telah dimuktamadkan bagi menghadapi Pilihanraya di enam buah negeri bermula dengan Penamaan Calon 29 Julai minggu hadapan.