Lawatan Kerja Projek Membina Jalan Baru Dari Solok Ayer Limau Ke Kampung Jeram

MELAKA 11 Julai–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengiringi Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Abdul Rahman Mohamad semasa mengadakan lawatan kerja Projek Membina Jalan Baru Dari Solok Ayer Limau Ke Kampung Jeram, Masjid Tanah hari ini. Projek Membina Jalan Baharu Dari Solok Ayer Limau Ke Kampung Jeram, Masjid Tanah melibatkan jalan baharu dua lorong sepanjang 2.8 kilometer membabitkan kos sebanyak RM19.9 juta. Projek ini dijangka siap menjelang pertengahan tahun depan.

 

 

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.