JOHOR BAHRU 22 Jun–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bergambar bersama semasa hadir ke Forum Perniagaan Dan Pelaburan Johor, yang bertemakan “Maju Johor 2030 – Powering Johor Into the New Economy”.
Forum anjuran Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik ini bertujuan mempromosikan pelaburan-pelaburan strategik dan mampan untuk Negeri Johor, selain membincangkan peralihan perniagaan-perniagaan baru seperti Tenaga Boleh Baru (renewable energy) dan teknologi AI.