TEMERLOH 19 Jun–Menteri Besar pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan kad kesihatan Pahang Pride Kasih kepada lebih 400 penerima bagi daerah Temerloh pada Majlis Penyerahan Kad Kesihatan Pahang Pride Kasih 2023 di Dewan Tun Razak hari ini.
Pahang Pride Kasih adalah inisiatif keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang terhadap golongan warga emas serta orang kurang upaya tidak bekerja yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.