Mesyuarat Pengurusan Tertinggi

KUALA LUMPUR 6 Jun–Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) di Bilik Mesyuarat Utama, Blok Pentadbiran Parlimen Malaysia.
Mesyuarat ini memberi fokus pelaksanaan inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat agar dapat direncanakan dengan sebaiknya oleh pasukan saya, khususnya KKDW dan agensi dibawahnya.