MESIR 30 MEI — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengetuai delegasi Kerajaan Negeri Pahang bertemu dengan Rektor Universiti Al-Azhar, Profesor Dr Salamah Daud serta dibawa melawat sekitar universiti ini.
Selain itu, turut berlangsung Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) antara Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) dan Universiti Al-Azhar berhubung kerjasama strategik antara kedua-dua universiti ini.