PUTRAJAYA, 16 Mei — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyerahkan replika cek bernilai RM50,000 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin (dua, kanan) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Cek untuk Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) di Bangunan Perdana Putra hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ramlan Harun (kiri) dan Ketua Penyiaran (TV & Radio) Bernama Arul Rajoo Durar Raj (kanan).