MELAKA, 20 April — Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (dua, kanan) mengedarkan pek kuih raya kepada pelancong dan perantau yang pulang ke Melaka selepas melancarkan Pusat Informasi Pelancongan (TIC) Bergerak di sini lewat malam tadi.
Sebanyak 1,000 pek kuih raya diedarkan kepada pengguna jalan raya di Pintu Gerbang Ayer Keroh di sini.