KLUANG 17 April–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi meraikan golongan istimewa melalui Program Syukuri Nikmat Aidilfitri, bertempat di Kluang Mall hari ini.
Menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran Kluang Mall, di majlis ini beliau berpeluang meraikan 50 orang pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kluang, terdiri daripada 3 pusat pemulihan iaitu PDK DUN Mahkota, PDK 7 Briged dan PDK Gemilang.