KUANTAN, 15 April — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata yang berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) disini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Seri Paduka berdua serta anakanda-anakanda kemudiannya berkenan meluangkan masa berbuka puasa bersama-sama rakyat di Padang MBK yang terletak dengan bersebelahan dengan bazar tersebut.