KAJANG 13 April–Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Mahasiswa di Masjid Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) hari ini.
Majlis anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institut Pendidikan Tinggi Malaysia (JAHEIS) tersebut telah dihadiri oleh mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan diserikan dengan kehadiran penduduk kariah setempat.