Ketuanan Melayu : Syed Saddiq Disaran Banyakkan Membaca Dari Bermain PS4


Ketuanan Melayu??

Saya merujuk kepada kenyataan YB Syed Saddiq mengenai sudah tibanya Ketuanan Melayu dihapuskan.

Malang seribu kali malang, apabila kenyataan yang dibuat berunsurkan politik semata-mata tanpa merujuk fakta yang sebenar.

Untuk pengetahuan YB Syed Saddiq Ketuanan Melayu yang sering diperkatakan tidak pernah merujuk kepada Melayu adalah Tuan a.k.a Bos dan kaum-kaum lain adalah hamba dan hak mereka dinafikan, saya ulangi TIDAK PERNAH!!!

Menurut fakta sejarah Ketuanan Melayu wujud semata-mata hasil manifestasi faktor demografik negara dan kontrak sosial antara kaum semasa negara mencapai kemerdekaan yang mana pada ketika itu kita melihat orang Melayu sanggup memberikan hak kerakyatan kepada orang bukan Melayu dan dengan balasan bahawa hak istimewa orang Melayu di dalam bidang agama, bangsa dan tanah dipelihara TANPA menindas hak-hak kaum yang lain.

Tidak pernah di dalam sejarah Malaysia sejak penubuhannya konsep Ketuanan Melayu menganiaya dan menidakkan hak dan kaum lain, malah Malaysia menjadi salah satu negara contoh bagi negara yang berbilang kaum yang aman damai dan yang paling istimewanya kaum-kaum lain boleh mengamalkan agama dan budaya mereka secara terbuka.

Malah hanya di Malaysia sahaja kerajaan mengiktiraf sekolah vernakular yang diajarkan di dalam bahasa ibunda mereka demi untuk memelihara budaya dan bangsa kaum yang lain.

Untuk pengetahuan YB Syed Saddiq Ketuanan Melayu yang dimaksudkan hanyalah untuk menjaga hak istimewa orang Melayu yang TERMAKTUB di dalam perlembagaan dan yang pastinya sekali lagi saya ulangi ia TIDAK sesekali menidakkan hak kaum yang lain.

Dan ini sepatutnya kita pertahankan tidak kira latar belakang politik apa sekalipun.

Adakah kenyataan yang dibuat oleh YB itu sengaja untuk mencabar perlembagaan dan Raja-Raja Melayu ataupun YB memang berniat untuk menimbulkan ketidaktenteraman di kalangan rakyat??

Saya berharap agar YB Syed Saddiq tidak terlalu gopoh membuat kenyataan tanpa merujuk dan memahami fakta yang sebenar kerana isu yang sensitif seperti ini mampu menyebabkan ketidaktenteraman antara rakyat jika ia tidak dijelaskan secara benar.

Akhir sekali nasihat saya pada YB Syed Saddiq,banyakkan membaca terutama di waktu lapang daripada bermain PS4 dengan rakan-rakan artis.

Terima kasih

Dr Akmal Saleh
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Melaka

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.