Kegagalan 23 Tahun Wakil PKR Di Permatang Pauh Perlu Didedah
PULAU PINANG, 9 Nov – Provokasi yang dilakukan oleh parti Pakatan Harapan (PH) hanya untuk mengalih perhatian rakyat.
Calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, tindakan pihak parti itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk mendedahkan kegagalan PKR/PH selama 23 tahun menjadi wakil rakyat di kawasan itu.
“Kenapa pada waktu sidang media calon PH tidak dedahkan kepada ayah, ibu malah dia sendiri ketika menjadi ahli Parlimen tidak melakukan apa-apa pembangunan di sini.
“Paling utama kenapa dalam tempoh 22 bulan mereka menjadi kerajaan dahulu dan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak membentuk atau membawa pembangunan baharu di sini,” katanya.
Tambah Mohd Zaidi, beliau akan terus mendedahkan kegagalan PH sepanjang tempoh berkempen berdasarkan fakta sekali gus memberi kesedaran kepada rakyat kenapa Permatang Pauh perlu berubah daripada terus diwakili oleh mereka yang tidak membawa sebarang perubahan.
Terdahulu tular satu rakaman video menunjukan berlaku kekecohan di Pasar Malam Penanti di sini, semalam membabitkan calon BN Permatang Pauh dengan parti lawan. – UMNO Online