Rakyat DUN Semambu Harus Beri Kepercayaan Kepada BN – Hisham
INDERA MAHKOTA, 10 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu Khairul Hisham Omar berkata parti ini menjamin kestabilan dan seterusnya mampu memakmurkan rakyat.
Begitu juga katanya, pemimpin yang berintegriti adalah pemimpin yang mendahului rakyat dan berkongsi keresahan mereka serta ditambah pula hanya BN yang boleh menjamin keharmonian rakyat.
“Pemimpin yang dipilih itu adalah jambatan di antara rakyat dan kerajaan. Penting untuk rakyat di DUN Semambu ini memberikan kepercayaan khususnya BN pada PRU (Pilihan Raya Umum) ke 15.
“Rakyat harus melihat ini adalah juang bagi mereka untuk menzahirkan apa yang mereka hendak,” katanya kepada UMNO Online disini.
Menyentuh mengenai pengundi muda, beliau mengharapkan agar mereka yang buat pertama kali menjadi pengundi akan keluar mengundi pada 19 Nov ini.
“Adakah anak-anak muda 18 tahun ini akan keluar mengundi atau tidak? Kalau diberi peluang untuk mengundi… mengundilah. Sekiranya mereka tidak keluar mengundi ini adalah satu kerugian yang besar,” ujarnya.
Berhubung dengan isu pembangunan di DUN ini, beliau berkata walaupun sudah mencukupi terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu diberikan perhatian.
“Di DUN ini diperlukan sedikit penambahan dari kerajaan pusat dan negeri supaya ianya menjadi satu kekuatan yang impak besar kepada pengundi-pengundi di DUN Semambu ini.
“Sebagai contoh kompleks sukan di sini bukan sahaja untuk bersukan malah juga anak-anak muda diberi tumpuan di situ terdapatnya pusat menembak yang perlu ditambah baik dan menaik taraf. Ianya boleh memberi manfaat pada penduduk setempat dan perkara ini perlu diberi perhatian sepenuhnya,” ujarnya. – UMNO Online
Oleh: Amin Adnan